top of page

Apa itu VDI THIN CLIENT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VDI Thin Client merupakan sistem yang menggunakan thin / zero client di mana semua pemprosesan serta penyimpanan maklumat dipusatkan diserver.

 

VDI Thin Client yang dilaksanakan di sekolah menyokong platform 1BestariNet adalah berasaskan kepada teknologi “Server-Based Computing” yang menyokong pelbagai sistem pengoperasian pengguna seperti Windows dan Linux.

 

VMWare merupakan salah satu penyelesaian virtualisasi desktop yang komprehensif bagi menggantikan komputer tradisional dengan mesin maya yang berpusat di server dan boleh dicapai oleh pengguna dari mana-mana peranti. Model ini juga dapat memperkemaskan pengurusan desktop, meningkatkan kawalan IT, meningkatkan keselamatan data dan meningkatkan pengalaman pengguna, fleksibiliti dan produktiviti.

 

Penggunaan teknologi VDI Thin Client akan dapat membantu interaksi antara guru dan pelajar dalam PdP serta dapat meningkatkan efisiensi suatu sistem pembelajaran secara online di mana teknologi ini sangat efektif kerana kos penyelenggaraan yang rendah.


Sekolah yang menerima pembekalan VDI THIN CLIENT Daerah Sarikei :-

 

 1. SK Rentap, Sarikei

 

 2. SJK (C) Su Dok, Sarikei

​

​

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hak Cipta | Pasukan Web

Hak Cipta Terpelihara © 2015 - Pusat Kegiatan Guru Sarikei, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak, Kementerian Pendidikan Malaysia
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Pusat Kegiatan Guru Sarikei, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan. 
Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3+ dengan resolusi 1280 X 960 atau Chrome 

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
bottom of page